Friday, September 3, 2010
Sunday, April 25, 2010
Perbincangan......
Pagi tadi aku berada di PKG Kajang bersama Mail, Akmal, Sukimin, Wan & Asman untuk berbincang tentang kerangka bahan yang akan ditulis susulan daripada lawatan ke Bangkok. Sedar tak sedar perbincangan berlarutan sehingga ke pukul 3 petang. Mula tersedar hari sudah beransur petang bila perut mula berkeroncong minta diisi. Perbincangan yang baik walaupun ramai yang tidak dapat hadir bersama.
Friday, April 16, 2010
Akhirnya!
Akhirnya berjaya juga kita menyelesaikan pengajian walaupun dalam keadaan yang huru hara dan haru biru sepanjang 3 tahun ni. Insyaalah kita jumpa lagi masa konvo nanti. Rasanya result final exam pun not so bad walaupun kita semua sibuk dengan persediaan jamuan akhir tahun dan juga lawatan ke Bangkok. Tahniah kepada semua kawan-kawan PKPGB Kohort 3 (IAB - UKM). Miss u all!
Tuesday, March 9, 2010
Dapat Anak Buah Baru
13 Feb. 2010 yang lepas, adik aku, Ekin selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Yang kelakarnya, dia confident habis baby dia boy sebab masa buat scan Doc kata baby dia boy. Tup tup bila kuar, tengok-tengok baby girl. Tak apalah Ekin, boy or girl sama jer, rezeki Allah nak bagi. Yang penting Ekin & baby sihat. Lagi pun Ekin muda lagi, masih ada banyak masa untuk mencuba lagi. He he he. Anyhow, tahniah.
Tuesday, February 16, 2010
CUTI CHINESE NEW YEAR
UKM cuti Chinese New Year dari 12 Feb. 2010 hingga 17 Feb. 2010. Konon-kononnya nak gunakan masa cuti ni untuk buat tugasan, tapi nampaknya tak banyak yang boleh dibuat. Cuti ni sibuk celebrate birthday Shiena yang dah genap 3 tahun. Pada waktu yang sama adik aku selamat melahirkan anak keduanya pada 13 Feb. 2010. So, kenalah balik Klang untuk menziarah orang baru. Doktor scan kata lelaki, tup-tup yang keluar pompuan gak. Tak apalah, rezeki Allah nak bagi. Yang penting ibu dan anak dalam keadaan sihat.
Tuesday, November 24, 2009
Seronoknya Cuti!!!!!!!!
Mulai esok aku akan bercuti sehingga 30 November 2009. Cuti Hari Raya Aidil Adha kononnya. Sebenarnya cuti saja-saja jer. Tak plan nak ke mana-mana pun, cuma nak spend time dengan anak-anak sebelum masuk kuliah semula pada 1 Disember 2009. Kalau dah mula kuliah nanti, dah sibuk....nak melayan anak pun dah tak ada mood. Hari Raya Aidil Adha ni aku nak buat satay ayam, kambing, lembu dan rusa. Kawan-kawan yang ada kelapangan, jemputlah ke rumah mak aku di Klang, Selangor.
Melayan Shiena Di Wet World
Subscribe to:
Posts (Atom)