Sunday, May 31, 2009

Exam Dah Habis

28 Mei 2009, tarikh akhir peperiksaan. Selesai satu bab. Sekarang ni aku tengah pening fikirkan apa yang perlu aku buat dengan projek IAB sebab aku dah tukar tempat kerja. Next week aku cadang nak call penyelia untuk berbincang pasal perkara tersebut. Pening-pening....... Harap-harap semuanya ok. Nampaknya aku kena buat proposal barulah, walaupun proposal yang lama sudah diterima oleh penyelia. Tak apalah, pasti ada hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku.

Thursday, May 14, 2009

Bertukar

11 Mei 2009 aku dapat surat pemberitahuan pertukaran ke Institut Perguruan Islam, Bangi berkuatkuasa pada 16 Mei 2009 sebagai Pembantu Pegawai Pengurus Hal Ehwal Pelajar. Aku pun masih tak tau lagi apa sebenarnya kerja aku di sama nanti. Aku harap semuanya ok.

Wednesday, May 6, 2009

Keindahan Langkawi

Lihatlah keindahan Langkawi pada waktu senja, waktu matahari mahu melabuhkan tirainya dan malam bakal menjelma. Ada kedamaian dan ketenangan melihat keindahan ciptaan Allah SWT.

Keindahan Langkawi pada waktu siang hari dari balkoni Hotel Seaview. Cantikkan? Suka tengok pemandangan ni.