Tuesday, November 24, 2009

Seronoknya Cuti!!!!!!!!

Mulai esok aku akan bercuti sehingga 30 November 2009. Cuti Hari Raya Aidil Adha kononnya. Sebenarnya cuti saja-saja jer. Tak plan nak ke mana-mana pun, cuma nak spend time dengan anak-anak sebelum masuk kuliah semula pada 1 Disember 2009. Kalau dah mula kuliah nanti, dah sibuk....nak melayan anak pun dah tak ada mood. Hari Raya Aidil Adha ni aku nak buat satay ayam, kambing, lembu dan rusa. Kawan-kawan yang ada kelapangan, jemputlah ke rumah mak aku di Klang, Selangor.

Melayan Shiena Di Wet World



Last Saturday aku bawa Is & Shiena serta dua orang anak buah aku pergi Wet World Shah Alam. Bukannya apa, sekadar untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak. Punyalah seronok budak debab tu berendam dalam air, ajak balik pun tak mau. Puaslah memujuk dia sebab hari dah nak hujan. Tak puas-puas dia main air, padahal aku sampai situ pukul 10.30 pagi. Pukul 3.30 petang aku ajak balik sebab hari dah nak hujan, dia boleh tak mau keluar dari kolam. Kalau dah namanya budak, itulah rupanya. Tak pernah rasa puas

Musim Kenduri Kahwin

Last weekend aku bawa mak & bapak aku pergi kenduri kahwin di rumah saudara mara sebelah bapak aku di Bukit Kuching, Kuala Selangor. Dua orang puteri aku ikut sama. Punyalah seronok aku tengok bapak aku dapat jumpa kaum kerabat dia yang aku rasa dah sangat lama tak jumpa. Balik dari Bukit Kuching, we all singgah Pantai Remis cari kerang. Kerang di Pantai Remis ni besar-besar. Best tau.