Monday, March 25, 2013

Saya ada membekalkan rumpai laut asli dengan harga yang sangat istimewa. Sesiapa yang berminat boleh sms saya di no. telefon 019-2982369 atau email: mananaliza@hotmail.com.

RUMPAI LAUT MERUPAKAN KOLAGEN ASLI
100% tulen, belum diproses, bebas kimia/racun, pewarna, pengawet, steroid, perisa

RUMPAI LAUT
Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan luaran. Sesuai bagi lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia. Antara sumber nutrisi yang terkandung dalam rumpai laut asli ini ialah:

KOLAGEN 
10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 
37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 
550 kali lebih kuat daripada vitamin C.

VITAMIN A - 
40 kali lebih hebat daripada Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat daripada daging lembu.

PROTEIN - 
21 kali lebih banyak daripada susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 
2326 kali lebih banyak daripada ikan.


Friday, September 3, 2010

Sunday, April 25, 2010

Perbincangan......

Pagi tadi aku berada di PKG Kajang bersama Mail, Akmal, Sukimin, Wan & Asman untuk berbincang tentang kerangka bahan yang akan ditulis susulan daripada lawatan ke Bangkok. Sedar tak sedar perbincangan berlarutan sehingga ke pukul 3 petang. Mula tersedar hari sudah beransur petang bila perut mula berkeroncong minta diisi. Perbincangan yang baik walaupun ramai yang tidak dapat hadir bersama.

Friday, April 16, 2010

Akhirnya!

Akhirnya berjaya juga kita menyelesaikan pengajian walaupun dalam keadaan yang huru hara dan haru biru sepanjang 3 tahun ni. Insyaalah kita jumpa lagi masa konvo nanti. Rasanya result final exam pun not so bad walaupun kita semua sibuk dengan persediaan jamuan akhir tahun dan juga lawatan ke Bangkok. Tahniah kepada semua kawan-kawan PKPGB Kohort 3 (IAB - UKM). Miss u all!

Tuesday, March 9, 2010

Dapat Anak Buah Baru







13 Feb. 2010 yang lepas, adik aku, Ekin selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Yang kelakarnya, dia confident habis baby dia boy sebab masa buat scan Doc kata baby dia boy. Tup tup bila kuar, tengok-tengok baby girl. Tak apalah Ekin, boy or girl sama jer, rezeki Allah nak bagi. Yang penting Ekin & baby sihat. Lagi pun Ekin muda lagi, masih ada banyak masa untuk mencuba lagi. He he he. Anyhow, tahniah.

Tuesday, February 16, 2010

CUTI CHINESE NEW YEAR

UKM cuti Chinese New Year dari 12 Feb. 2010 hingga 17 Feb. 2010. Konon-kononnya nak gunakan masa cuti ni untuk buat tugasan, tapi nampaknya tak banyak yang boleh dibuat. Cuti ni sibuk celebrate birthday Shiena yang dah genap 3 tahun. Pada waktu yang sama adik aku selamat melahirkan anak keduanya pada 13 Feb. 2010. So, kenalah balik Klang untuk menziarah orang baru. Doktor scan kata lelaki, tup-tup yang keluar pompuan gak. Tak apalah, rezeki Allah nak bagi. Yang penting ibu dan anak dalam keadaan sihat.

Tuesday, November 24, 2009

Seronoknya Cuti!!!!!!!!

Mulai esok aku akan bercuti sehingga 30 November 2009. Cuti Hari Raya Aidil Adha kononnya. Sebenarnya cuti saja-saja jer. Tak plan nak ke mana-mana pun, cuma nak spend time dengan anak-anak sebelum masuk kuliah semula pada 1 Disember 2009. Kalau dah mula kuliah nanti, dah sibuk....nak melayan anak pun dah tak ada mood. Hari Raya Aidil Adha ni aku nak buat satay ayam, kambing, lembu dan rusa. Kawan-kawan yang ada kelapangan, jemputlah ke rumah mak aku di Klang, Selangor.

Melayan Shiena Di Wet World



Last Saturday aku bawa Is & Shiena serta dua orang anak buah aku pergi Wet World Shah Alam. Bukannya apa, sekadar untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak. Punyalah seronok budak debab tu berendam dalam air, ajak balik pun tak mau. Puaslah memujuk dia sebab hari dah nak hujan. Tak puas-puas dia main air, padahal aku sampai situ pukul 10.30 pagi. Pukul 3.30 petang aku ajak balik sebab hari dah nak hujan, dia boleh tak mau keluar dari kolam. Kalau dah namanya budak, itulah rupanya. Tak pernah rasa puas

Musim Kenduri Kahwin

Last weekend aku bawa mak & bapak aku pergi kenduri kahwin di rumah saudara mara sebelah bapak aku di Bukit Kuching, Kuala Selangor. Dua orang puteri aku ikut sama. Punyalah seronok aku tengok bapak aku dapat jumpa kaum kerabat dia yang aku rasa dah sangat lama tak jumpa. Balik dari Bukit Kuching, we all singgah Pantai Remis cari kerang. Kerang di Pantai Remis ni besar-besar. Best tau.

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Persandingan Pendi

Bersama Pendi semasa majlis persandingannya

Pendi & Nurul sama cantik & sama padan di atas pelamin.

Bersama pengantin perempuan semasa upacara akad nikah di Masjid Selama, Kedah.



Hari Raya Aidilfitri 2009

Bersama permata-permata hatiku di pagi hari raya

Dalam perjalanan untuk menghantar puteri-puteriku ke rumah ayah mereka.

Bergambar bersama ayah, ibu dan keluarga tercinta di pagi hari raya.



Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya. Semoga kita semua mendapat keberkatanNya dan berjaya mencapai apa sahaja yang dicita-citakan. Amin.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam, aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah puasa yang akan kita jalani mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah SWT.

Demam Teruk

Hi Kawan-kawan. Dah lama betul aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku sekeluarga demam teruk lebih dua minggu. Aku sekeluarga mula demam dari 7 Ogos 2009 dan sehingga ke hari ini aku masih belum sembuh sepenuhnya, kepala masih ting tong dan tekak pun masih tak ada selera. Demam-demam pun terpaksa jugak kena pergi outstation pada 11 - 13 Ogos 2009. Nak buat macam mana? Dah Kerja.

Monday, June 29, 2009

Minggu Yang Sungguh Penat

Last week aku ambik cuti 3 hari, kononnya nak rehat & release tention. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Minggu lepas, seminggu kereta aku rosak. Tention gila aku dibuatnya. Tiga orang pomen aku panggil tapi hanya pomen ketiga yang berjaya mencari punca masalah kereta aku tu. Kopaklah jugak dekat RM 700. Nak buat cam mana, itulah satu-satunya kenderaan yang aku ada untuk aku menguruskan urusan harian aku & anak-anak.

Thursday, June 18, 2009

Result Dah Keluar

Semalam, Abang Khadari, Tan, Kashfi & Mena telefon aku tanya pasal result. Aku pun tak tau yang result tu dah keluar. Aku cuba masuk website UKM tapi tak dapat-dapat. Akhirnya dalam pukul 12.20 tengahari baru aku dapat masuk website UKM. Alhamdulillah keputusan kali ini adalah merupakan keputusan terbaik aku sepanjang pengajian ini. Terima kasih kepada semua pensyarah dan juga rakan-rakan yang banyak membantu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang banyak berkorban untuk aku.

Wednesday, June 10, 2009

Kenduri Kawin Ayu

Suraya sibuk membakar satay. Macam biasa, kenduri kat umah mak aku, menu utama mestilah satay yang dibuat sendiri oleh mak aku.

Mak andam sedang bersungguh-sungguh menyiapkan Ayu. Mak andam ni pun bukan orang lain, adik aku sendiri....Ekin. Kalau ada sapa-sapa yang berminat, boleh hubungi aku...aku bagi harga baik punya.

Ayu selepas siap disolek oleh Ekin

Aku & anak-anak mengambil kesempatan bergambar dengan pengantin di dalam bilik pengantin

Bergambar dengan Ayu di khemah tetamu





Monday, June 8, 2009

Majlis Perkhawinan Ayu

6 Jun 2009 Majlis perkahwinan adik aku, Ayu. Perkahwinan ini adalah perkahwinan keduanya selepas kematian suami kira-kira dua tahun lepas. Semoga perkahwinan kali ini akan membawa kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru untuk Ayu & Zul

Wednesday, June 3, 2009

My Family

Inilah wajah-wajah anak perempuan Abdul Manan & Siti Jarah. Cuma seorang sahaja yang tak ada dalam gambar ni, iaitu Ayu

Family Lily & Eyun. Terselit sama anakku Yu Istiqomah

Bersama adikku yang paling seksi. Siapa lagi, kalau bukan Adila Abdul Manan


Adik lelaki bongsu, Epi