Sunday, November 16, 2008

Mesyuarat Penyelarasan Aduan

Mesyuarat Penyelarasan Aduan BPS-JPN Suku Tahun Kedua 2008. Mesyuarat ni dibuat bertujuan untuk menyelaraskan aduan-aduan berkaitan IPS yang diterima di peringkat pusat dan JPN. Penyelarasan ini bertujuan untuk mengetahui status terkini jumlah aduan yang diterima, jenis IPS yang diadu, jenis kesalahan yang diadu dan juga status tindakan yang telah diambil. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Puri Melaka. Sebenarnya ini pertama kali aku buat mesyuarat kat hotel ni. Oklah jugak, makan biasa-biasa aje tapi tempat dia memang cantik. Bilik penginapannya kelas, persekitarannya romantik dan yang penting bersih dan selesa.

Hasil Tangan Is

Is semakin pandai menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar orang/objek lain dan juga untuk mengambil gambar dirinya sendiri. Ini adalah gambar hasil tangan Is. Gambar ini dia ambil sendiri. Dia semakin seronok dengan kemahiran baru yang dia baru dapat ini. Habis semua benda dia nak shot.

Saturday, November 15, 2008

Keindahan Cherating

Damainya jiwa melihat keindahan matahari terbit di tepi pantai Cherating, Pahang. Gambar ni aku rakamkan dari bilik aku sewaktu aku menginap di Impiana Resort Cherating. Suasana yang indah dan damai ini benar-benar mententeramkan jiwa selepas penat bekerja.

Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Aidil Fitri

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali kami.

Monday, September 15, 2008

Sheena dah pandai kejar ayam


Diam tak diam dah setahun 7 bulan usia sheena. Sudah semakin bijak dan lasak. Mulut pun dah semakin becok. Ayam-ayam jiran dah tak berani nak masuk kawasan rumah kami sebab sheena pantang nampak ayam. Mana-mana ayam yang berani masuk memang cari nahas. Sheena pasti akan kejar ayam tu sampai lintang pukang.

Saturday, September 13, 2008

Malaysia Pun Ada Anggur Tau

Jangan sangka di Malaysia tak ada anggur. Anggur boleh hidup dengan subur di Malaysia. Kalau tak percaya, cubalah pergi ke Cameron Highlands. Buah anggur hidup subur dan berbuah dengan lebat. Ada anggur hijau, merah dan hitam.

Wednesday, June 4, 2008

Minggu Yang Memenatkan

Isnin - Khamis aku outstation. Balik dari outstation, puteri bongsu demam panas yang teruk. Berkejar bawa dia ke hospital. Suhu badannya terlalu tinggi, mencapai 40 darjah celcius. Apa lagi kena mandi dengan ais dan kena tahan di wad. Kesian dia..... kena cucuk untuk ambil darah dan masuk air dua botol. Dalam masa yang sama, aku pun tak sihat juga tapi kena jaga puteri bongsu di hospital. Sakit seluruh tubuhku sebab dia asyik nak minta dukung aje. Isnin baru keluar.