Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam, aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah puasa yang akan kita jalani mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah SWT.

Demam Teruk

Hi Kawan-kawan. Dah lama betul aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku sekeluarga demam teruk lebih dua minggu. Aku sekeluarga mula demam dari 7 Ogos 2009 dan sehingga ke hari ini aku masih belum sembuh sepenuhnya, kepala masih ting tong dan tekak pun masih tak ada selera. Demam-demam pun terpaksa jugak kena pergi outstation pada 11 - 13 Ogos 2009. Nak buat macam mana? Dah Kerja.

Monday, June 29, 2009

Minggu Yang Sungguh Penat

Last week aku ambik cuti 3 hari, kononnya nak rehat & release tention. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Minggu lepas, seminggu kereta aku rosak. Tention gila aku dibuatnya. Tiga orang pomen aku panggil tapi hanya pomen ketiga yang berjaya mencari punca masalah kereta aku tu. Kopaklah jugak dekat RM 700. Nak buat cam mana, itulah satu-satunya kenderaan yang aku ada untuk aku menguruskan urusan harian aku & anak-anak.

Thursday, June 18, 2009

Result Dah Keluar

Semalam, Abang Khadari, Tan, Kashfi & Mena telefon aku tanya pasal result. Aku pun tak tau yang result tu dah keluar. Aku cuba masuk website UKM tapi tak dapat-dapat. Akhirnya dalam pukul 12.20 tengahari baru aku dapat masuk website UKM. Alhamdulillah keputusan kali ini adalah merupakan keputusan terbaik aku sepanjang pengajian ini. Terima kasih kepada semua pensyarah dan juga rakan-rakan yang banyak membantu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang banyak berkorban untuk aku.

Wednesday, June 10, 2009

Kenduri Kawin Ayu

Suraya sibuk membakar satay. Macam biasa, kenduri kat umah mak aku, menu utama mestilah satay yang dibuat sendiri oleh mak aku.

Mak andam sedang bersungguh-sungguh menyiapkan Ayu. Mak andam ni pun bukan orang lain, adik aku sendiri....Ekin. Kalau ada sapa-sapa yang berminat, boleh hubungi aku...aku bagi harga baik punya.

Ayu selepas siap disolek oleh Ekin

Aku & anak-anak mengambil kesempatan bergambar dengan pengantin di dalam bilik pengantin

Bergambar dengan Ayu di khemah tetamu





Monday, June 8, 2009

Majlis Perkhawinan Ayu

6 Jun 2009 Majlis perkahwinan adik aku, Ayu. Perkahwinan ini adalah perkahwinan keduanya selepas kematian suami kira-kira dua tahun lepas. Semoga perkahwinan kali ini akan membawa kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Selamat Pengantin Baru untuk Ayu & Zul

Wednesday, June 3, 2009

My Family

Inilah wajah-wajah anak perempuan Abdul Manan & Siti Jarah. Cuma seorang sahaja yang tak ada dalam gambar ni, iaitu Ayu

Family Lily & Eyun. Terselit sama anakku Yu Istiqomah

Bersama adikku yang paling seksi. Siapa lagi, kalau bukan Adila Abdul Manan


Adik lelaki bongsu, Epi