13 Feb. 2010 yang lepas, adik aku, Ekin selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Yang kelakarnya, dia confident habis baby dia boy sebab masa buat scan Doc kata baby dia boy. Tup tup bila kuar, tengok-tengok baby girl. Tak apalah Ekin, boy or girl sama jer, rezeki Allah nak bagi. Yang penting Ekin & baby sihat. Lagi pun Ekin muda lagi, masih ada banyak masa untuk mencuba lagi. He he he. Anyhow, tahniah.
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan.
Tuesday, March 9, 2010
Tuesday, February 16, 2010
CUTI CHINESE NEW YEAR
UKM cuti Chinese New Year dari 12 Feb. 2010 hingga 17 Feb. 2010. Konon-kononnya nak gunakan masa cuti ni untuk buat tugasan, tapi nampaknya tak banyak yang boleh dibuat. Cuti ni sibuk celebrate birthday Shiena yang dah genap 3 tahun. Pada waktu yang sama adik aku selamat melahirkan anak keduanya pada 13 Feb. 2010. So, kenalah balik Klang untuk menziarah orang baru. Doktor scan kata lelaki, tup-tup yang keluar pompuan gak. Tak apalah, rezeki Allah nak bagi. Yang penting ibu dan anak dalam keadaan sihat.
Tuesday, November 24, 2009
Seronoknya Cuti!!!!!!!!
Mulai esok aku akan bercuti sehingga 30 November 2009. Cuti Hari Raya Aidil Adha kononnya. Sebenarnya cuti saja-saja jer. Tak plan nak ke mana-mana pun, cuma nak spend time dengan anak-anak sebelum masuk kuliah semula pada 1 Disember 2009. Kalau dah mula kuliah nanti, dah sibuk....nak melayan anak pun dah tak ada mood. Hari Raya Aidil Adha ni aku nak buat satay ayam, kambing, lembu dan rusa. Kawan-kawan yang ada kelapangan, jemputlah ke rumah mak aku di Klang, Selangor.
Melayan Shiena Di Wet World
Musim Kenduri Kahwin
Last weekend aku bawa mak & bapak aku pergi kenduri kahwin di rumah saudara mara sebelah bapak aku di Bukit Kuching, Kuala Selangor. Dua orang puteri aku ikut sama. Punyalah seronok aku tengok bapak aku dapat jumpa kaum kerabat dia yang aku rasa dah sangat lama tak jumpa. Balik dari Bukit Kuching, we all singgah Pantai Remis cari kerang. Kerang di Pantai Remis ni besar-besar. Best tau.
Tuesday, October 13, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)