Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan.
Tuesday, October 13, 2009
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya. Semoga kita semua mendapat keberkatanNya dan berjaya mencapai apa sahaja yang dicita-citakan. Amin.
Friday, August 21, 2009
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK
Kepada semua kawan-kawan yang beragama Islam, aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. Semoga ibadah puasa yang akan kita jalani mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah SWT.
Demam Teruk
Hi Kawan-kawan. Dah lama betul aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku sekeluarga demam teruk lebih dua minggu. Aku sekeluarga mula demam dari 7 Ogos 2009 dan sehingga ke hari ini aku masih belum sembuh sepenuhnya, kepala masih ting tong dan tekak pun masih tak ada selera. Demam-demam pun terpaksa jugak kena pergi outstation pada 11 - 13 Ogos 2009. Nak buat macam mana? Dah Kerja.
Monday, June 29, 2009
Minggu Yang Sungguh Penat
Last week aku ambik cuti 3 hari, kononnya nak rehat & release tention. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Minggu lepas, seminggu kereta aku rosak. Tention gila aku dibuatnya. Tiga orang pomen aku panggil tapi hanya pomen ketiga yang berjaya mencari punca masalah kereta aku tu. Kopaklah jugak dekat RM 700. Nak buat cam mana, itulah satu-satunya kenderaan yang aku ada untuk aku menguruskan urusan harian aku & anak-anak.
Thursday, June 18, 2009
Result Dah Keluar
Semalam, Abang Khadari, Tan, Kashfi & Mena telefon aku tanya pasal result. Aku pun tak tau yang result tu dah keluar. Aku cuba masuk website UKM tapi tak dapat-dapat. Akhirnya dalam pukul 12.20 tengahari baru aku dapat masuk website UKM. Alhamdulillah keputusan kali ini adalah merupakan keputusan terbaik aku sepanjang pengajian ini. Terima kasih kepada semua pensyarah dan juga rakan-rakan yang banyak membantu. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang banyak berkorban untuk aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)