Saturday, January 10, 2009

Mesyuarat Bahagian

9 Januari 2009, Mesyuarat Bahagian Pelajaran Swasta yang pertama. Perkara utama dalam mesyuarat ini ialah perubahan portfolio beberapa orang pegawai dan aku terlibat sama. Aku telah ditukarkan dari Sektor Inspektorat dan Penguatkuasaan ke Sektor Promosi dan Hubungan Antarabangsa. En. Mohd. Ali ke Sektor Pendaftaran; En. Ahmad Lotfi menjadi Ketua Unit Sektor Inspektorat menggantikan En. Mohd. Ali. En. Mohd. Azri menggantikan aku di Sektor Inspektorat. Selain itu, Pn. Hadidah ke Sektor Dasar manakala En. Haslizan yang masih cuti sakit ditukarkan ke Sektor Pendaftaran. Bagi aku, pertukaran ini tidak menjejaskan moral aku kerana aku memang sentiasa bersedia untuk bertugas di mana-mana Sektor bagi menimba pengalaman dan ilmu baru. Aku juga adalah jenis orang yang boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. So, oklah. Pertukaran ini berkuatkuasa pada 12 Januari 2009. Selamat Tahun Baru 2009 dan Selamat Maju Jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

2 comments:

wak sapian said...

Salam, aku tak terkejut ko tukar unit, sebab aku pun kena tukar unit, kesian kat Zack, kite tinggalkan dia sorang2, apapun aku akan "merindui" ko, laser ko, terus terang ko, baik hati ko, caring ko kat member-member, dan banyak lah lagi ....ko, ko, ko. Apapun aku tetap akan kacau ko, aku pun macam ko tak tau malu punye cop, jawa katakan, org baik kat kite, kite 10 kali baik, org tak baik 1 kali. kite belasah tak baik 10 kali atau lebih, betul kan mbak yu.....wak followwwwwwwww. nms63

aliza said...

Aku setuju sangat-sangat dgn ko. Aku tak kisah pun duduk kat mana. Bagi aku, kerje kat mana-mana pun sama aje. Ko selalu-selalulah kacau aku, aku suka dikacau. Walaupun aku dah tukar sektor, Zack tetap tak lepaskan aku. Mana-mana dia pergi kalau boleh nak bawak aku. Buat masa ni aku masih banyak membantu sektor penguatkuasaan tu. Teruslah contact dan kacau aku. Wokeh...chaw