Friday, February 27, 2009

Penghiburku

Inilah wajah-wajah comel yang menemani aku di rumah. Mereka inilah penghibur hati yang menghilangkan segala keletihan dan kemarahan. Pulang ke rumah, melihat wajah-wajah comel ini, semua keletihan, kepenatan dan kebengangan yang dialami di luar rumah terus terhapus. Mereka adalah segala-galanya dalam hidup aku. Aku tak kisah jika kehilangan suami kerana suami boleh dicari ganti. Tapi aku boleh mati jika kehilangan anak-anakku. Aku bahagia kerana mereka. Aku bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana mereka.

Rindu Pada Fatin


Dah lama anak sulung aku tak balik sebab tak ada cuti yang panjang. Rindu pulak pada dia. Dia hanya akan balik pada cuti pertengahan semester pada bulan Mac nanti. Mac pun dah hampir tiba. Aku bercadang nak bawa budak-budak ni pergi bercuti, tapi masalahnya, cuti Is dan Fatin tak sama. Mungkin bawa cuti hujung minggu sahajalah.

Sunday, February 8, 2009

Kuliah

Aku mula kuliah 4 Feb sampai 5 Mac @ mungkin sampai 6 Mac sebab kena sambung kursus kat IAB pulak. Tugasan dah mula dapat. Maka bermulalah semester baru yang agak banyak jugak tugas-tugas amali.

Sunday, January 25, 2009

Birthday Adam

Sambutan hari lahir Adam yang ke 6. Sambut ala kadar aje. Kesian, anak yatim, tak ada orang nak ambik tau. Aku dengan Dila jer yang rancang birthday party ni. Itu pun secara kecil-kecilan di rumah mak aku di Klang. Dia kehilangan bapa pada usia 4 tahun. Waktu tu mak dia (adik aku) baru berusia 21 tahun. Punca kematian, doktor kata kegagalan fungsi jantung. tak taulah aku. Sekarang ni mak dia bekerja siang dan malam untuk menyara mereka dua beradik. Yang dua orang tu anak dara aku, biasalah....interframe jer bila orang ambik gambar.

Saturday, January 10, 2009

Mesyuarat Bahagian

9 Januari 2009, Mesyuarat Bahagian Pelajaran Swasta yang pertama. Perkara utama dalam mesyuarat ini ialah perubahan portfolio beberapa orang pegawai dan aku terlibat sama. Aku telah ditukarkan dari Sektor Inspektorat dan Penguatkuasaan ke Sektor Promosi dan Hubungan Antarabangsa. En. Mohd. Ali ke Sektor Pendaftaran; En. Ahmad Lotfi menjadi Ketua Unit Sektor Inspektorat menggantikan En. Mohd. Ali. En. Mohd. Azri menggantikan aku di Sektor Inspektorat. Selain itu, Pn. Hadidah ke Sektor Dasar manakala En. Haslizan yang masih cuti sakit ditukarkan ke Sektor Pendaftaran. Bagi aku, pertukaran ini tidak menjejaskan moral aku kerana aku memang sentiasa bersedia untuk bertugas di mana-mana Sektor bagi menimba pengalaman dan ilmu baru. Aku juga adalah jenis orang yang boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. So, oklah. Pertukaran ini berkuatkuasa pada 12 Januari 2009. Selamat Tahun Baru 2009 dan Selamat Maju Jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Wednesday, December 31, 2008

Is dan Amy

Wajah Is dan Amy selepas disolek oleh Cikin. Cikin sekarang dah buat perniagaan baru iaitu pakej dandanan dan solekan untuk sebarang function. Dia menyolekkan orang untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau makan malam. Siap boleh sewa baju sekali.

Majlis Pertunangan Pendi

25 Disember yang lalu aku menghantar adik aku ke majlis merisik dan bertunangnya di Selama, Kedah. Penat giler. Perjanjiannya, paling cepat 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Hantaran RM8000 serba satu, mas kahwin RM888 tunai.