Wednesday, December 31, 2008

Is dan Amy

Wajah Is dan Amy selepas disolek oleh Cikin. Cikin sekarang dah buat perniagaan baru iaitu pakej dandanan dan solekan untuk sebarang function. Dia menyolekkan orang untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau makan malam. Siap boleh sewa baju sekali.

Majlis Pertunangan Pendi

25 Disember yang lalu aku menghantar adik aku ke majlis merisik dan bertunangnya di Selama, Kedah. Penat giler. Perjanjiannya, paling cepat 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Hantaran RM8000 serba satu, mas kahwin RM888 tunai.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 & TAHUN BARU 2009

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakan-rakan walau di mana jua berada.

Thursday, December 4, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Akhirnya aku berjaya melalui hari-hari yang menyeksakan ini dengan penuh kesabaran dan yang paling penting dengan penuh keceriaan. Walau pun minggu peperiksaan adalah minggu yang menyeksakan, tapi aku gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan aku terutamanya dua orang sahabat karibku Kashfi dan Sukimin. Macam biasa, cuma mamat-mamat yang cukup handsome aje yang layak menjadi sahabat karib aku. Kriteria ini sudah lama wujud dalam diari hidup aku, dari dulu hinggalah hari ini. Terima kasih sahabatku kerana sentiasa sabar melayan kerenah aku yang tak boleh nak diperjelaskan. Cukuplah sampai di sini, aku dah mengantuk. Jumpa lagi di lain masa dengan cerita yang lain. Aku akan bercuti mulai esok hingga 10 Disember 2008, selepas tu aku kena pergi kursus di Taiping hingga 12 Disember 2008. Kita jumpa lagi selepas aku balik dari kursus di Taiping.

Sunday, November 16, 2008

Bersama Rakan-Rakan JPN

Inilah kumpulan kaum hawa yang ada dalam Unit Pendidikan Swasta di JPN. Unit ini memang tak ramai perempuan. Majoriti pegawai di peringkat negeri adalah terdiri daripada kaum lelaki. Gambar ini diambil semasa Bengkel Pemantapan Pengendalian Aduan, Siasatan dan Penguatkuasaan di Kuantan, Pahang. Seramai 36 peserta, cuma inilah kaum wanita yang ada. Namun demikian, kami tetap berbangga kerana berada dalam kelompok ini. Kami tidak pernah terasa terasing atau dibuli. Seronok join unit ini, banyak perkara baru yang telah dipelajari.

Mesyuarat Penyelarasan Aduan

Mesyuarat Penyelarasan Aduan BPS-JPN Suku Tahun Kedua 2008. Mesyuarat ni dibuat bertujuan untuk menyelaraskan aduan-aduan berkaitan IPS yang diterima di peringkat pusat dan JPN. Penyelarasan ini bertujuan untuk mengetahui status terkini jumlah aduan yang diterima, jenis IPS yang diadu, jenis kesalahan yang diadu dan juga status tindakan yang telah diambil. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Puri Melaka. Sebenarnya ini pertama kali aku buat mesyuarat kat hotel ni. Oklah jugak, makan biasa-biasa aje tapi tempat dia memang cantik. Bilik penginapannya kelas, persekitarannya romantik dan yang penting bersih dan selesa.

Hasil Tangan Is

Is semakin pandai menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar orang/objek lain dan juga untuk mengambil gambar dirinya sendiri. Ini adalah gambar hasil tangan Is. Gambar ini dia ambil sendiri. Dia semakin seronok dengan kemahiran baru yang dia baru dapat ini. Habis semua benda dia nak shot.

Saturday, November 15, 2008

Keindahan Cherating

Damainya jiwa melihat keindahan matahari terbit di tepi pantai Cherating, Pahang. Gambar ni aku rakamkan dari bilik aku sewaktu aku menginap di Impiana Resort Cherating. Suasana yang indah dan damai ini benar-benar mententeramkan jiwa selepas penat bekerja.

Saturday, October 4, 2008

Hari Raya Aidil Fitri

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali kami.

Monday, September 15, 2008

Sheena dah pandai kejar ayam


Diam tak diam dah setahun 7 bulan usia sheena. Sudah semakin bijak dan lasak. Mulut pun dah semakin becok. Ayam-ayam jiran dah tak berani nak masuk kawasan rumah kami sebab sheena pantang nampak ayam. Mana-mana ayam yang berani masuk memang cari nahas. Sheena pasti akan kejar ayam tu sampai lintang pukang.

Saturday, September 13, 2008

Malaysia Pun Ada Anggur Tau

Jangan sangka di Malaysia tak ada anggur. Anggur boleh hidup dengan subur di Malaysia. Kalau tak percaya, cubalah pergi ke Cameron Highlands. Buah anggur hidup subur dan berbuah dengan lebat. Ada anggur hijau, merah dan hitam.

Wednesday, June 4, 2008

Minggu Yang Memenatkan

Isnin - Khamis aku outstation. Balik dari outstation, puteri bongsu demam panas yang teruk. Berkejar bawa dia ke hospital. Suhu badannya terlalu tinggi, mencapai 40 darjah celcius. Apa lagi kena mandi dengan ais dan kena tahan di wad. Kesian dia..... kena cucuk untuk ambil darah dan masuk air dua botol. Dalam masa yang sama, aku pun tak sihat juga tapi kena jaga puteri bongsu di hospital. Sakit seluruh tubuhku sebab dia asyik nak minta dukung aje. Isnin baru keluar.

Friday, March 28, 2008

Lagu Spring

Aku suka sangat dengan lagu-lagu dari kumpulan Spring. Mari kita layan......lagu Butakah Cinta dari Spring

Thursday, March 27, 2008

Tadika Swasta dan Pusat Tuisyen

Kalau kawan-kawan nak hantar anak ke tadika swasta atau ke pusat tuisyen, pastikan yang berdaftar. Untuk mengetahui sama ada institusi itu berdaftar atau tidak, dia perlu ada dan perlu mempamerkan perkara-perkara berikut di tempat yang boleh dilihat:
1. Sijil Perakuan Pendaftaran dari JPN
2. Lesen Perniagaan dari PBT
3. Sijil Pendaftaran SSM
Jangan hantar anak-anak kita di institusi yang tidak berdaftar kerana banyak risikonya.

Gigi Puteri Bongsu

Tengoklah dua batang gigi rabbit puteri bongsu
aku ni. Punyalah besar. Tapi dia tetap comelkan? Comel macam siapa? Macam ibu dialah. ha .... ha ...... ha ....... Jangan marah.

Tuesday, March 25, 2008

Puteri Bongsu

Fatin Yushrina nama diberi. Puteri bongsu tersangatlah comel. Mulutnya becok boleh tahan. Suka membebel walau orang tak faham apa butir bicaranya. Kalau marah suka muncungkan bibir. Kalau suka dia ketawa macam orang tua. 10 Februari 2008 genap setahun usianya.

Puteri-Puteri Kesayangan Bonda



Puteri-puteri kesayangan bonda. Wajah-wajah ceria yang sentiasa menyenangkan hati bonda. Hilang penat dan lelah melihat wajah yang ceria. Sumber inspirasi dan semangat untuk bonda meneruskan perjalanan hidup ini.

My Princess

Puteri yang sentiasa control cun. Pasal melaram bagilah pada dia. Pakaiannya adalah pilihannya sendiri. Kalau princess tak berkenan, jangan harap dia akan pakai.