Thursday, April 30, 2009

Mesyuarat Penterjemahan


Gambar-gambar semasa Mesyuarat Penterjemahan Borang-Borang BPS di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Oklah, mesyuarat ni adalah mesyuarat terakhir aku bersama rakan-rakan JPN sebelum aku masuk sekolah balik pada 8 April 2009 yang lalu. Mesyuarat yang meletihkan kerana program yang padat sebab banyak yang nak diterjemahkan. Alhamdulillah sempat jugak siap. Terima kasih kawan-kawan atas kerjasama yang diberi.

Saturday, April 11, 2009

Bertemu Kembali

8 April 2009 - 7 Mei 2009 sesi kedua kuliah. Baru lega dengan praktikum, sekarang harus berpening kepala untuk menyiapkan tugasan dan presentation. Satu pun aku tak mula lagi. Penyelia IAB pun dah mula menelefon minta kertas cadangan projek. Aku dah hantar tapi dia tak boleh nak buka. So, aku kena hantar sekali lagi. Masalah lagi. Nak buat cam mana? Nak atau tak nak aku kena buat jugak. Ada tiga tugasan yang sedang menanti yang mesti diselesaikan dalam pertemuan kali. Relax Aliza, jangan tension........ life has to go on..........

Wednesday, April 8, 2009

Legaaaa

Semalam, 7 April 2009 Dr. Izham datang observe aku. Dia berada di pejabat aku dari pukul 8.50 pagi hingga 10.20 pagi. Lepas dia observe aku, dia siap interview Ketua Sektor aku dan bersembang dengan beberapa orang PT aku. Kira oklah sebab Dr. Izham memang seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang. Semua rakan-rakan di pejabat termasuk Puan Pengarah memuji Dr. Izham sebagai seorang pensyarah yang "tall, dark and handsome". Banggalah jugak aku sebab pensyarah yang ajar aku pensyarah yang handsome. Banyak input yang aku dapat dalam sesi perbincangan bersama Dr. Izham, termasuklah yang berkaitan dengan tesis untuk Latihan Ilmiah next semester. Legaaaa rasanya sebab dah habis praktikum. Tapi masih pening sebab tugasan, satu pun aku tak tengok lagi. Sibuk giler kat pejabat.

Wednesday, April 1, 2009

Mesyuarat Penterjemahan











Pada 30 Mac - 3 April 2009 aku menguruskan Mesyuarat Penterjemahan Borang-Borang BPS dan Semak Semula Bahan-Bahan Promosi Pendidikan di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Kumpulan ni tak ramai pun, cuma ada 12 orang jer. Tapi semuanya sangat komited dan bersungguh-sungguh. Malangnya aku pulak yang tak sihat, aku demam dan selsema. Aku rasa mungkin aku jadi macam ni sebab tak cukup rehat kot. Last week aku di Kota Kinabalu untuk penilaian SKIPS. Minggu sebelum tu aku sibuk buat persediaan untuk praktikum. Memang tak ada rehat langsung. Tugasan, satu pun aku tak tengok lagi. Walau pun di Perlis, dalam masa yang sama aku kena siapkan Kertas Cadangan Karnival Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 sebab Pengarah nak segera. Dalam waktu yang sama juga aku kena buat persediaan untuk 2nd opinion praktikum sebab next week (7 April 2009) Dr. Izham pulak akan datang observe aku. Tensionnyaaaaa...........