Wednesday, December 31, 2008

Is dan Amy

Wajah Is dan Amy selepas disolek oleh Cikin. Cikin sekarang dah buat perniagaan baru iaitu pakej dandanan dan solekan untuk sebarang function. Dia menyolekkan orang untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau makan malam. Siap boleh sewa baju sekali.

Majlis Pertunangan Pendi

25 Disember yang lalu aku menghantar adik aku ke majlis merisik dan bertunangnya di Selama, Kedah. Penat giler. Perjanjiannya, paling cepat 6 bulan dan paling lama 1 tahun. Hantaran RM8000 serba satu, mas kahwin RM888 tunai.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 & TAHUN BARU 2009

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakan-rakan walau di mana jua berada.

Thursday, December 4, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Akhirnya aku berjaya melalui hari-hari yang menyeksakan ini dengan penuh kesabaran dan yang paling penting dengan penuh keceriaan. Walau pun minggu peperiksaan adalah minggu yang menyeksakan, tapi aku gembira kerana dapat berjumpa kawan-kawan aku terutamanya dua orang sahabat karibku Kashfi dan Sukimin. Macam biasa, cuma mamat-mamat yang cukup handsome aje yang layak menjadi sahabat karib aku. Kriteria ini sudah lama wujud dalam diari hidup aku, dari dulu hinggalah hari ini. Terima kasih sahabatku kerana sentiasa sabar melayan kerenah aku yang tak boleh nak diperjelaskan. Cukuplah sampai di sini, aku dah mengantuk. Jumpa lagi di lain masa dengan cerita yang lain. Aku akan bercuti mulai esok hingga 10 Disember 2008, selepas tu aku kena pergi kursus di Taiping hingga 12 Disember 2008. Kita jumpa lagi selepas aku balik dari kursus di Taiping.

Sunday, November 16, 2008

Bersama Rakan-Rakan JPN

Inilah kumpulan kaum hawa yang ada dalam Unit Pendidikan Swasta di JPN. Unit ini memang tak ramai perempuan. Majoriti pegawai di peringkat negeri adalah terdiri daripada kaum lelaki. Gambar ini diambil semasa Bengkel Pemantapan Pengendalian Aduan, Siasatan dan Penguatkuasaan di Kuantan, Pahang. Seramai 36 peserta, cuma inilah kaum wanita yang ada. Namun demikian, kami tetap berbangga kerana berada dalam kelompok ini. Kami tidak pernah terasa terasing atau dibuli. Seronok join unit ini, banyak perkara baru yang telah dipelajari.

Mesyuarat Penyelarasan Aduan

Mesyuarat Penyelarasan Aduan BPS-JPN Suku Tahun Kedua 2008. Mesyuarat ni dibuat bertujuan untuk menyelaraskan aduan-aduan berkaitan IPS yang diterima di peringkat pusat dan JPN. Penyelarasan ini bertujuan untuk mengetahui status terkini jumlah aduan yang diterima, jenis IPS yang diadu, jenis kesalahan yang diadu dan juga status tindakan yang telah diambil. Mesyuarat ini telah diadakan di Hotel Puri Melaka. Sebenarnya ini pertama kali aku buat mesyuarat kat hotel ni. Oklah jugak, makan biasa-biasa aje tapi tempat dia memang cantik. Bilik penginapannya kelas, persekitarannya romantik dan yang penting bersih dan selesa.

Hasil Tangan Is

Is semakin pandai menggunakan kamera digital untuk mengambil gambar orang/objek lain dan juga untuk mengambil gambar dirinya sendiri. Ini adalah gambar hasil tangan Is. Gambar ini dia ambil sendiri. Dia semakin seronok dengan kemahiran baru yang dia baru dapat ini. Habis semua benda dia nak shot.