Tuesday, March 31, 2009

Praktikum Majlis Maulidur Rasul











Sekitar Majlis Maulidur Rasul yang aku uruskan sebagai praktikum. Majlis Maulidur Rasul tersebut telah diadakan pada 23 Mac 2009 yang lalu. Majlis tersebut simple tapi meriah. Kawan-kawan banyak membantu aku untuk melaksanakan majlis ini. Terima kasih kawan-kawan. Terima kasih daun keladi kawan-kawan.




Persiapan Majlis Maulidur Rasul







Inilah sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada aku semasa aku membuat persediaan untuk praktikum pada 23 Mac 2009 yang lalu. Mereka sanggup datang pada hari Ahad (22 Mac 2009) untuk bersama-sama membuat persiapan akhir bagi Majlis Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 23 Mac 2009. Terima kasih daun keladi.

Thursday, March 26, 2009

Masih Sibukkkkkkk

Minggu lepas 20 Mac 2009, Dr. Jainabee datang observe aku. Minggu ni, 23 Mac 2009, Dr. Jainabee datang observe lagi, tengok aku kendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Maulidur Rasul. Petang tu jugak aku terbang ke Kota Kinabalu naik flight pukul 6.45 petang. Ingatkan flight tu terus ke KK, rupa-rupanya transit kat Labuan. Tensionnya aku......dah lah badan letih, terpaksa pulak transit kat Labuan. Akhirnya aku sampai di KK pukul 10.30 malam. Aku ambik teksi dan terus ke hotel. Boring betul travel sorang-sorang. 4 hari aku di KK buat pemantauan Standard Kualiti Sekolah-Sekolah Swasta. Hari ni aku balik ke Putrajaya. Sekali lagi aku terkena, flight balik juga transit di Labuan. Tension lagi...............tension penat dan tension rindu.

Thursday, March 19, 2009

Sibukkkkkkkk

Hari ni aku tersangatlah sibuk. Dalam satu waktu yang sama, aku kena buat tiga kerja serentak. Pertama: aku kena buat persediaan untuk praktikum esok. Kedua: Aku kena sediakan bahan-bahan untuk taklimat Pertandingan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 Peringkat Zon. Taklimat malam ni pukul 8.30 malam tadi di Allson Klana Hotel. Katiga aku kena buat persediaan, surat menyurat, memo dan lo untuk mesyuarat penterjemahan di Perlis pada 30 Mac - 3 April. Oppps satu lagi yang aku perlu bersedia ialah Pemantauan SKIPS di tiga buah sekolah swasta di Kota Kinabalu pada 23 - 26 Mac. Padat betul kerja aku. 23 Mac ni pulak 2nd round praktikum. Fuhhhh boleh tahan. Assingment pun tak terbuat apa-apa lagi.

Thursday, March 12, 2009

Keindahan di Genting Highlands


Lihatlah keindahan puncak Genting Highlands pada awal pagi. Gambar diambil semasa dalam perjalanan turun ke IAB pagi tadi.


Gambar ini pula diambil dari anjung apartment tempat penginapan pagi selepas subuh, kira-kira pukul 6.30 pagi tadi. Masih ada bulan tersenyum di pagi hari. Memang cantik view pagi ini.

Sunday, March 8, 2009

Kursus di IAB

Esok (9 Mac) hingga 13 Mac aku dan member-member PKPGB Kohort 3 akan mengikuti Kursus Pengurusan Projek PKPGB di IAB, Genting Highlands. Nampaknya bermulalah hari-hari sibuk aku. Adik aku baru balik dari Genting Highlands last week. Dia kata sekarang ni kat Genting Highlands memang sejuk. Maka aku kenalah sediakan baju sejuk. Kali ni agak lama jugak aku kena tinggalkan anak-anak aku. Mesti aku akan rindukan anak-anak aku. Kesian fatin, minggu ni dia balik bercuti tapi aku pulak tak ada di rumah. Mujurlah anak-anak aku memahami situasi aku sekarang ni. Terima kasih anak-anakku.