Thursday, March 26, 2009

Masih Sibukkkkkkk

Minggu lepas 20 Mac 2009, Dr. Jainabee datang observe aku. Minggu ni, 23 Mac 2009, Dr. Jainabee datang observe lagi, tengok aku kendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Maulidur Rasul. Petang tu jugak aku terbang ke Kota Kinabalu naik flight pukul 6.45 petang. Ingatkan flight tu terus ke KK, rupa-rupanya transit kat Labuan. Tensionnya aku......dah lah badan letih, terpaksa pulak transit kat Labuan. Akhirnya aku sampai di KK pukul 10.30 malam. Aku ambik teksi dan terus ke hotel. Boring betul travel sorang-sorang. 4 hari aku di KK buat pemantauan Standard Kualiti Sekolah-Sekolah Swasta. Hari ni aku balik ke Putrajaya. Sekali lagi aku terkena, flight balik juga transit di Labuan. Tension lagi...............tension penat dan tension rindu.

No comments: