Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan.
Thursday, March 19, 2009
Sibukkkkkkkk
Hari ni aku tersangatlah sibuk. Dalam satu waktu yang sama, aku kena buat tiga kerja serentak. Pertama: aku kena buat persediaan untuk praktikum esok. Kedua: Aku kena sediakan bahan-bahan untuk taklimat Pertandingan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 Peringkat Zon. Taklimat malam ni pukul 8.30 malam tadi di Allson Klana Hotel. Katiga aku kena buat persediaan, surat menyurat, memo dan lo untuk mesyuarat penterjemahan di Perlis pada 30 Mac - 3 April. Oppps satu lagi yang aku perlu bersedia ialah Pemantauan SKIPS di tiga buah sekolah swasta di Kota Kinabalu pada 23 - 26 Mac. Padat betul kerja aku. 23 Mac ni pulak 2nd round praktikum. Fuhhhh boleh tahan. Assingment pun tak terbuat apa-apa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment