Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan.
Thursday, March 26, 2009
Masih Sibukkkkkkk
Minggu lepas 20 Mac 2009, Dr. Jainabee datang observe aku. Minggu ni, 23 Mac 2009, Dr. Jainabee datang observe lagi, tengok aku kendalikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Maulidur Rasul. Petang tu jugak aku terbang ke Kota Kinabalu naik flight pukul 6.45 petang. Ingatkan flight tu terus ke KK, rupa-rupanya transit kat Labuan. Tensionnya aku......dah lah badan letih, terpaksa pulak transit kat Labuan. Akhirnya aku sampai di KK pukul 10.30 malam. Aku ambik teksi dan terus ke hotel. Boring betul travel sorang-sorang. 4 hari aku di KK buat pemantauan Standard Kualiti Sekolah-Sekolah Swasta. Hari ni aku balik ke Putrajaya. Sekali lagi aku terkena, flight balik juga transit di Labuan. Tension lagi...............tension penat dan tension rindu.
Thursday, March 19, 2009
Sibukkkkkkkk
Hari ni aku tersangatlah sibuk. Dalam satu waktu yang sama, aku kena buat tiga kerja serentak. Pertama: aku kena buat persediaan untuk praktikum esok. Kedua: Aku kena sediakan bahan-bahan untuk taklimat Pertandingan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Swasta 2009 Peringkat Zon. Taklimat malam ni pukul 8.30 malam tadi di Allson Klana Hotel. Katiga aku kena buat persediaan, surat menyurat, memo dan lo untuk mesyuarat penterjemahan di Perlis pada 30 Mac - 3 April. Oppps satu lagi yang aku perlu bersedia ialah Pemantauan SKIPS di tiga buah sekolah swasta di Kota Kinabalu pada 23 - 26 Mac. Padat betul kerja aku. 23 Mac ni pulak 2nd round praktikum. Fuhhhh boleh tahan. Assingment pun tak terbuat apa-apa lagi.
Thursday, March 12, 2009
Keindahan di Genting Highlands
Lihatlah keindahan puncak Genting Highlands pada awal pagi. Gambar diambil semasa dalam perjalanan turun ke IAB pagi tadi.
Gambar ini pula diambil dari anjung apartment tempat penginapan pagi selepas subuh, kira-kira pukul 6.30 pagi tadi. Masih ada bulan tersenyum di pagi hari. Memang cantik view pagi ini.
Sunday, March 8, 2009
Kursus di IAB
Esok (9 Mac) hingga 13 Mac aku dan member-member PKPGB Kohort 3 akan mengikuti Kursus Pengurusan Projek PKPGB di IAB, Genting Highlands. Nampaknya bermulalah hari-hari sibuk aku. Adik aku baru balik dari Genting Highlands last week. Dia kata sekarang ni kat Genting Highlands memang sejuk. Maka aku kenalah sediakan baju sejuk. Kali ni agak lama jugak aku kena tinggalkan anak-anak aku. Mesti aku akan rindukan anak-anak aku. Kesian fatin, minggu ni dia balik bercuti tapi aku pulak tak ada di rumah. Mujurlah anak-anak aku memahami situasi aku sekarang ni. Terima kasih anak-anakku.
Friday, February 27, 2009
Penghiburku
Inilah wajah-wajah comel yang menemani aku di rumah. Mereka inilah penghibur hati yang menghilangkan segala keletihan dan kemarahan. Pulang ke rumah, melihat wajah-wajah comel ini, semua keletihan, kepenatan dan kebengangan yang dialami di luar rumah terus terhapus. Mereka adalah segala-galanya dalam hidup aku. Aku tak kisah jika kehilangan suami kerana suami boleh dicari ganti. Tapi aku boleh mati jika kehilangan anak-anakku. Aku bahagia kerana mereka.
Aku bersemangat untuk meneruskan kehidupan kerana mereka.
Rindu Pada Fatin
Dah lama anak sulung aku tak balik sebab tak ada cuti yang panjang. Rindu pulak pada dia. Dia hanya akan balik pada cuti pertengahan semester pada bulan Mac nanti. Mac pun dah hampir tiba. Aku bercadang nak bawa budak-budak ni pergi bercuti, tapi masalahnya, cuti Is dan Fatin tak sama. Mungkin bawa cuti hujung minggu sahajalah.
Sunday, February 8, 2009
Kuliah
Aku mula kuliah 4 Feb sampai 5 Mac @ mungkin sampai 6 Mac sebab kena sambung kursus kat IAB pulak. Tugasan dah mula dapat. Maka bermulalah semester baru yang agak banyak jugak tugas-tugas amali.
Subscribe to:
Posts (Atom)